Anti-Crime NGO Condemns Gay and Lesbian Movies

Posted on 26 March 2009 by Gabrielle Chong Yong Wei

One of my friends was recently mugged while walking home after gym. He was whacked with a motorcycle lock by four boys on two motorbikes, had a finger severed and sustained a skull fracture.

In the midst of soaring crime rates in Malaysia, guess what’s worrying “anti-crime NGOs” such as the Malaysian Crime Prevention Foundation? The ‘lack’ of efforts to promote discrimination and bigotry, perhaps…hmm?

From sex-obsessed Malay tabloid Kosmo!:

NGO bimbang dengan filem gay dan lesbian

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkan kebimbangan dengan bertambahnya penerbitan filem dan drama Malaysia yang menjurus kepada kehidupan gay atau lesbian.

Menurut mereka, karya seni seperti itu tidak mampu mendidik masyarakat mengenai keburukan budaya songsang golongan berkenaan, malah ia dikhuatiri mempengaruhi generasi remaja di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Capaian Belia Yayasan Pencegahan Jenayah, Ahmad Kamal Affandi berkata, terdapat lebih banyak kesan negatif melalui filem-filem itu berbanding kesan positif.

“Biasanya penerbit dan pengarah hanya berselindung di sebalik niat sebenar mereka menerbitkan filem bercorak gay dan lesbian ini.

“Kononnya mahu memberi tauladan… bagaimanapun itu hanya alasan. Mereka sebenarnya mahu mencari untung daripada filem seperti ini.

“Saya bukan seorang pengkarya filem atau drama tetapi melihatkan filem begini, kisah tauladan yang ditunjukkan hanya sedikit untuk mencantikkan perjalanan cerita,” katanya.

Ahmad Kamal menambah, mungkin pengkarya di negara ini sudah kekeringan idea untuk menghasilkan filem lebih berkualiti dan bermanfaat.

Kisah mengenai golongan gay dan lesbian dipaparkan dalam karya beberapa penerbit filem dan drama seperti Comolot arahan Mohd. Ikram Ismail, Histeria (James Lee), Anu Dalam Botol (Raja Azmi Raja Sulaiman) dan Mabuk Astrogen (Sheila Rusly).

Penerbit pertahan karya songsang 

KUALA LUMPUR – Penerbit filem dan drama yang berunsurkan gay dan lesbian menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menyokong perjuangan yang tersirat dalam karya-karya mereka.

Penerbit filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman berkata, tujuan utama mereka mengangkat tema sedemikian kerana mahu masalah itu ditangani.

“Gejala gay dan lesbian sedang berleluasa, mereka (NGO) kena bantu kaji dan bukan pejam mata saja,’’ ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Raja Azmi, disebabkan sikap tidak ambil peduli itu, gejala tersebut telah berkembang dalam diam.

“Saya bukan bodoh mahu menampilkan adegan yang kemudian tidak diluluskan dan dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), tetapi ia cuma digambarkan menerusi seni. Masih ada batasan dalam kami berkarya,’’ jelasnya.

Bagi penerbit telefilem Mabuk Estrogen yang juga memaparkan tema cinta songsang, Sheila Rusly, masanya sudah tiba untuk masyarakat berfikir mengenai masalah gay dan lesbian.

“Sampai bila kita mahu ia menjadi isu yang terbiar begitu sahaja. Jika tidak lama-kelamaan masyarakat kita menjadi semakin parah angkara tidak memahami apa yang berlaku,’’ ujarnya.

 comolotposterhs4

4 Comments For This Post

  1. sue Says:

    they shoudn’t act like that. that’s the problem of the “lack of ideas” tabloid. we live free, and die free. we love ppl..ppl love us.
    it’s up to them to publish a movie like that or not. if ppl want to watch it. they watch. if not, they’re not. malaysia news/media is now like discriminating ppl like us ..

  2. ana_a Says:

    How do I get my hands on these movies? :) I wanna see!
    Gab, sorry to hear about your friend. Was he the target of hate crime pertaining to being a member of the LGBT community?

  3. Gabrielle Chong Yong Wei Says:

    No la, he’s straight as a cardboard box. The boys wanted his laptop bag.

  4. Dylan Says:

    Violence be it hate crimes about sexuality or for a laptop case. It’s all the same. Someone gets hurt!!

Leave a Reply